Peruntukan Kredit e-Wallet RM 150
Baru-baru ini
pembentangan budget 2021 kerajaan persekutuan telah mengumumkan bahawa akan
ada Bantuan Kredit eWallet sebanyak RM 100 kepada mereka yang
berkelayakan. Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perdana menteri
Malaysia telah bersetuju untuk menambahbaik inisiatif Bantuan
Kredit eWallet sehingga sebanyak RM 150 pada 17 Mac 2021.
Tujuan utama Program
Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA adalah salah satu inisiatif
kerajaan dalam memulihkan dan merancakkan pusingan ekonomi di kalangan rakyat
susulan COVID-19. Lebih lanjut, kerajaan bersetuju unutuk memberikan program eBelia
dimana ianya hanya khusus kepada golongan remaja berusia 18-20 tahun serta mahasiswa
IPT. Tambahan, golongan yang layak akan menerima bantuan kredit e-wallet RM 150 setiap seorang (One-Off) dan jumlah
budget sehingga RM 300 juta. Selain itu, program bantuan ini juga sebenarnya untuk merancakkan transaksi tanpa tunai didalam negara terutama golongan remaja dan dengan itu ianya dapat menyokong sepenuhnya Malaysia Digital Economy pada masa sekarang
Kelayakan yang ditetapkan
|
|
|
Bagi proses penebusan setakat ini kerajaan belum lagi memaklumkan mondus operandi untuk permohonan akan tetapi secara lazimnya kemungkinan medium yang digunakan adalah GrabPay, BoostPay dan TounchnGo eWallet seperti sebelum ini. Tarikh kemasukan dijangka pada awal Jun 2021.
Akhir
sekali, kepada golongan yang menerima inisiatif ini diharap dapat
menggunakannya sebaik mungkin kerana ketika ini semestinya perancangan
kewangan adalah sangat penting dan perancangan yang baik pastinya akan
memberikan kebaikan kepada pengguna.
0 Response to "Peruntukan Kredit e-Wallet RM 150"