Diskaun Saman PDRM Sebanyak 50% - Daftar MyBayar Saman



Kepada orang awam yang mempunyai tunggakan saman dan kompaun yang belum dijelaskan, kini anda mempunyai peluang yang mudah dan pantas untuk menyelesaikan secara atas talian melalui portal rasmi dan aplikasi MyBayar Saman. Semestinya inisiatif ini adalah satu khabar gembira kepada orang awam yang ingin menjelaskan saman mereka, dimana kini mereka tidak perlu lagi berbaris panjang di kaunter PDRM dan hanya memerlukan telepon bimbit berserta rangkaian internet. Tambahan, apa yang lebih  menarik, Sempena pelancaran MyBayar saman pada 25 Mac 2021 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun bersetuju untuk memberikan potongan diskaun saman sebanyak 50% kepada orang awam. 

Tujuan utama inisiatif ini diwujudkan adalah untuk memudahkan orang awam menjelaskan saman mereka Ketika pelaksanan perintah kawalan pergerakan dan juga untuk menyokong aspirasi negara selaras dengan objektif MYDIGITAL merujuk kepada kerajaan berusaha menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.

 

Tempoh diberikan untuk diskaun saman 50%:

Untuk makluman, diskaun saman 50% ini hanya akan ditawarkan dalam tempoh masa yang terhad adalah seperti berikut:

Tarikh mula:

Tarikh akhir:

25 Mac 2021

11 April 2021

 

Namun demikian, bukan semua saman trafik yang layak menerima diskaun sebanyak  50% kecuali:

  • Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
  • Saman status No Compound (NC) Tahun 2018/2019/2020 dan 2021
  • Saman status bicara mahkamah
  • Saman Berkaitan Kesalahan M/Lori
  • Saman Potong Secara Bahaya/Potong Q Tahun 2020/2021
  • Saman menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020/2021
  • Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020/2021
  • Saman potong di garisan berkembar tahun 2020/2021
  • Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

 

Proses pembayaran melalui portal rasmi adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/ .
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Butiran saman dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
  8. Semak saman yang ingin dibayar.
  9. Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  10. Pembayaran selesai.       

 

Bagi proses pembayaran melalui aplikasi adalah seperti berikut:


  1. Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
  6. Butiran dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
  8. Pilih saman yang hendak dibayar.
  9. Pilih mod bayaran.
  10. Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
  11. Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.

  

Untuk makluman, aplikasi MyBayar Saman ini akan ditawarkan di Google playstore atau Apple store.