Sejarah Kewujudan Terusan Suez Di Mesir


Gambar 1: Suez Canal Masa Kini

Terusan Suez atau Suez Canal merupakan satu saluran laut yang telah wujud sejak 25 April 1859 di mesir berfungsi untuk menghubungkan laluan perkapalan diantara benua eropah dan asia. Kerana sebelum ini kebiasaannya kapal laut eropah akan melalui laluan laut di sekitar Tanjung Harapan di Afrika Selatan dan mengambil jarak yang lebih jauh .


Gambar 2: Napoleon Bonaparte 

Sejarah mencatatkan percubaan individu pertama untuk membina terusan suez moden adalah general perancis iaitu Napoleon Bonaparte selepas beliau melakukan ekpedisi ke mesir pada akhir 1700-an. Ini disebabkan napoleon percaya jika beliau membina terusan tersebut pastinya akan memberikan kesan kepada aktiviti  perdagangan british di Asia dengan membayar pajak untuk melimpasi saluran suez canal. Namun, rancangan tersebut tidak dapat diteruskan disebabkan Napoleon berpendapat bahawa permukaan laut antara laut tengah dan laut merah adalah terlalu berbeza, dan boleh menyebabkan kebanjiran di Delta Nil.


Gambar 3: Ferdinand de Lesseps 

Seterusnya pada pertengahan tahun 1800-an, seorang diplomat dan jurutera perancis iaitu Ferdinand de Lesseps telah mendapat ilham untuk meneruskan projek tersebut serta menyakinkan gabenor mesir Utsmani iaitu ismail pasha untuk bersetuju membina terusan suez. Pada tahun 1858, Syarikat Universal Suez Ship Canal telah diwujudkan oleh Ferdinand de Lesseps secara langsung diberikan hak untuk memulakan pembinaan terusan dan mengoperasikannya selama 99 tahun. Manakala, penubuhan Syarikat Universal Suez Ship Canal dimiliki oleh kepentingan Perancis dan Mesir. Di samping itu, semasa pembinaan terusan tersebut, buruh paksa mesir dibayar gaji yang sangat rendah dan hanya menggunakan penyodok untuk mengali terusan serta melewatkan proses pengalian. Akhirnya perancis mendapat idea dengan membawa masuk mesin berkuasa wap dan arang batu untuk mencepatkan masa pengalian. Pada 17 November 1869 selepas 10 tahun pengalian terusan suez secara rasminya telah siap untuk digunakan dimana ketika itu terusan suez hanya sedalam 25 kaki, lebar 72 kaki di bahagian bawah, dan lebar 200 hingga 300 kaki di permukaan. 

Sejurus pembukaannya, terusan suez telah memberikan impak yang besar terhadap perdagangan dunia kerana barang-barang diantara benua telah dipindahkan dalam masa yang singkat terutamanya di antara eropah dan asia. Pada tahun 1875, mesir telah dibelenggu hutang dan bersetuju untuk menjual sahamnya dalam pemilikan terusan suez kepada British serta-merta menyebabkan mereka mempunyai kuasa yang banyak terhadap terusan tersebut. Akhirnya, pada tahun 1888 sebuah konvensyen antarabangsa telah bersetuju untuk menjadikan terusan itu boleh digunakan oleh semua kapal dari mana-mana negara dan sehingga kini terusan suez dikawal selia oleh negara mesir.


Gambar 4: Kapal Minyak Timur Tengah

Tuntasnya, terusan suez memainkan peranan yang sangat penting dalam merancakkan segala sisi hubungan diantara eropah asia serta dunia. Dimana kemajuan teknologi dan permintaan manusia yang tinggi telah memaksa kapal-kapal dunia untuk menghantar barang dengan lebih cepat dalam memenuhi kehendak mereka. Sebagai contoh permintaan minyak dunia yang tinggi  berada di timur tengah (Arab Saudi) secara langsung terusan suez menjadi laluan utama untuk menghantar minyak.