7 Soalan Kesukaan Panel Temuduga Yang Paling Kerap Disoal
1. PENGENALAN DIRI SENDIRI KEPADA BAKAL MAJIKAN.
Secara
umumnya soalan ini sangat penting kepada kita kerana ianya merupakan
mukadimah awal kepada panel temuduga ataupun dikenali sebagai first impression tentang
diri anda kepada bakal majikan. Jadi sebaiknya anda ceritakanlah tentang diri anda
secara ringkas dan tidak perlulah terangkan semula semua perkara yang telah dituliskan
didalam resume anda. Selain itu, secara tidak langsung proses “Ice Breaking”
bersama bakal majikan akan terwujud dan memudahkan mereka untuk mengajukan
soalan yang berikutnya. Dalam pada itu, jika bakal majikan mengajukan soalan
terhadap anda jawablah sebaik-baiknya dan penuh keyakinan ketika menjawab kerana
hanya diri kita sendiri saja yang mampu menerangkan bukannya orang lain. Jadi
terangkanlah secara jujur daripada hati anda agar keberkatan dalam memasuki
dunia pekerjaan dipermudahkan dan bakal majikanpun senang hati yaa.
Seterusnya, antara yang bakal majikan mahu dengar adalah pencapaian
individu. Jadi terangkanlah segala pencapaian yang pernah anda kecapi selama
hidup ini dan lebih baik terangkan berkaitan pencapaian dengan jawatan yang
anda pohon didalam syarikat. Sebagai contoh pencapaian dialam universiti semasa
diploma dan ijazah sarjana muda dan kalau tiada boleh gunakan pencapaian semasa
zaman sekolah rendah dan menengah. Disamping itu, bakat istimewa yang ingin
didengar oleh bakal majikan dimana anda boleh menerangkan segala bakat anda
seperti menyanyi kah? Bersukan seperti bola sepak, badminton dan sebagai. Jadi
pada masa yang sama jika anda dan mereka mempunyai bakat yang sama pastinya
akan meningkat minat mereka kepada anda.
2. KENAPA BERMINAT BERKERJA DI SINI?
3. tanggungjawab DI TEMPAT KERJA dulu?
Bagi anda yang pernah
bekerja di tempat lain, bolehlah terangkan tanggungjawab anda ketika diberikan
kerja yang dulu dan kalau boleh secara spesifik dan positif. Kerana dengan
terangkan kerja anda yang dulu serba sedikit dapat menarik minat bakal majikan
terutamanya jika kerja yang dipohon mempunyai kesamaan dengan yang dulu. Oleh
itu, dengan cara begini bakal majikan akan lebih mudah untuk menilai pengalaman
serta kematangan anda. Seterusnya, juga
akan memastikan bakal majikan faham dimana pendedahan anda terhadap bidang
kerja yang telah diceburi dan jikalau anda ada sesuatu yang ingin dikuasai,
yakinkan mereka bahawa anda bersedia untuk meningkatkan diri anda. Selain itu,
jika disoal berkaitan persekitaran tempat kerja dan majikan terdahulu sebaiknya
anda hanya menceritakan hal positif saja kerana dengan cara tersebut ianya akan
mewujudkan pandangan yang baik daripada bakal majikan bahawa anda seorang yang
tulus dan tidak mempunyai perasaan yang memburukkan orang lain.
4. AKTIVITI APA YANG DILAKUKAN SEMASA MENGANGGUR?
5. APAKAH KELEBIHAN ANDA
JIKA DIBERI JAWATAN INI?
6. PERANCANGAN MASA HADAPAN
7. PERMINTAAN GAJI
Kebiasaannya bakal majikan akan mengharapkan anda untuk meletakkan nilai
gaji yang diminta walaupun ini kali pertama anda bekerja. Walaubagaimanapun,
letaklah nilai gaji yang munasabah dengan jawatan yang dipohon agar majikan
tidak berasa anda terlebih bayar daripada sepatutnya. Jadi bolehlah research dan
tengok gaji semasa bagi kerja yang dipohon supaya anda tahu nilai gaji kerja
tersebut. Kalau nak gaji tinggi bolehlah kerja lebih masa setiap minggu, itupun
tiada paksaan daripada bakal majikan. Tuntasnya, tidak salah nak minta gaji
yang tinggi di dalam syarikat, tapi biarlah berpadanan dengan skil, kemahiran
serta kualiti kerja yang anda dapat tawarkan kepada bakal majikan okay.
0 Response to "7 Soalan Kesukaan Panel Temuduga Yang Paling Kerap Disoal"