BMT 2021: Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA RM600
Kerajaan menyediakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021) kepada seramai 232,319 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM69.9 juta.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia sebagai usaha berterusan dilaksanakan kerajaan bagi memelihara kebajikan pekebun kecil yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri getah negara.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2021.
Apakah Bantuan Musim Tengkujuh?
Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.
Jumlah Bantuan BMT 2021
Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM600 setiap seorang.
Tarikh Bayaran
Menurutnya, bayaran bantuan itu akan dibuat sebanyak RM300 pada Disember tahun ini dan RM300 lagi pada Januari 2022.
Syarat Kelayakan
1. SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2021
Untuk permohonan, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.
Semakan online boleh dibuat melalui laman web http://bmt.risda.gov.my
Anda perlu mengisi borang permohonan bersama dokumen berkaitan seperti berikut:
1. BAGI PEKEBUN KECIL PEMILIK
- Kad pengenalan pemohon dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank
2. BAGI PENOREH BUKAN PEMILIK
- Salinan kad pengenalan penoreh DAN pemilik
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan kad PAT-G
- Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:
HOTLINE BMT RISDA 03-4256 4022
Atau
0 Response to "BMT 2021: Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA RM600"