JPJeQ: Sistem Nombor Giliran Dalam Talian Untuk Urusniaga JPJ

 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan satu inisiatif baru iaitu JPJeQ bagi menambah baik sistem nombor giliran sedia ada, di mana sistem tersebut juga baru sahaja dilancarkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong 12 April sempena sambutan Hari JPJ. Oleh itu, disini kami mahu kongsikan cara dan lebih lanjut bagaimana sistem nombor giliran dalam talian terbaharu JPJ ini berfungsi.


Apakah Itu JPJeQ?

Sejak PKP dilaksanakan, JPJ telah pun meneliti trend orang awam yang datang ke Jabatan ini, dimana kebanyakkan mereka akan bebaris panjang dalam keadaan panas disebabkan JPJ tidak menerima pelanggan yang ramai dalam satu masa. 

Atas sebab itu, JPJ telah mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu JPJeQ.

Sistem ini merupakan salah satu inovasi prihatin rakyat oleh JPJ bagi memastikan pelanggan mereka sentiasa selesa dan berpuas hati semasa mendapatkan perkhidmatan.




Fungsi Aplikasi JPJeQ:

  • Membuat pilihan Cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan
  • Menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran
  • Mengamalkan norma baharu Covid-19 yang berorientasikan pendigitalan bagi mengelakkan 3C’s (Crowded, Confined, Close) iaitu mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.

Secara ringkasnya, kita hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran kita. Maka, kita tak perlu berbaris dan menunggu. 

Lepas dah ambil nombor, bolehlah kita pergi tempat lain dulu kalau angka giliran masih lambat. Ia juga akan memberi notifikasi kepada kita apabila masa ketibaan giliran telah hampir tiba. Sistem ini juga Mesra Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, dan Berkeperluan Khas.


Muat Turun Aplikasi JPJeQ

Untuk makluman, aplikasi ini boleh dimuat turun sekarang