Panduan Berjaya Dalam Temuduga Kerjaya
SEBELUM HARI TEMUDUGA:
1. Cari dan kumpul maklumat kerjaya yang dipohon dan praktikkan untuk diri anda
Kebiasaannya panggilan temuduga boleh sehingga 1 bulan sampai 6 bulan kemudian baru dipanggil. Jadi selepas anda telah memastikan yang anda telah dipanggil gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya kerana bukan mudah untuk orang lain dipanggil dan kemungkinan bakal majikan memilih anda disebabkan ada kelebihan untuk bekerja dengan baik bersama mereka kelak. Sebelum temuduga, cuba cari maklumat berkenaan syarikat dan kerjaya yang dipohon seperti latarbelakang perniagaan serta cara syarikat mereka berfungsi. Fahami dan latih diri anda dengan mengingati beberapa fakta sekiranya anda disoal semasa temuduga.
2. Buat perancangan awal berkaitan perjalanan ke tempat temuduga
Jika tempat temuduga anda jauh daripada tempat tinggal seperti daerah lain, sebaiknnya anda merancang awal perjalanan sebelum hari temuduga itu tiba. Ini bagi mengelakkan anda tidak terlewat datang ke tempat temuduga kerana masa adalah sangat penting bagi bakal majikan dan jika awal-awal anda tidak mempamerkan ketepatan masa yang baik pastinya akan memberi kesan negetif kepada penilaian temuduga. Jadi rancanglah sebaik-baiknya sebelum hari temuduga anda tiba tambah-tambah lagi jika anda akan menginap dihotel dan pilih hotel yang berhampiran dengan tempat temuduga untuk mengelakkan kesesakan jalan raya atau sekirannya kemalangan luar jangkaan.
3. Sediakan segala dokumen yang diperlukan, resume dan bawa dua batang pen.
Sebelum
temuduga biasanya bakal majikan akan memberitahu maklumat dokumen yang mereka
perlukan seperti salinan asal dan fotokopi sijil pencapaian. Jadi selepas anda
menyedikan semua dokumen yang diperlukan boleh gunakan fail portfolio untuk
pastikan dokumen anda tidak tercicir atau rosak serta mudah dibawa ketika
proses temuduga berlangsung. Dalam pada itu, sediakan dua batang pen kerana
andai kata satu pen ada hilang atau kehabisan dakwat, sekurangnya anda ada
simpanan bagi mengelakkan menyusahkan anda nanti.
TENANGKAN DIRI ANDA
KETIKA HARI TEMUDUGA:
1. Memberi salam sebelum masuk ke bilik temuduga
Sebelum masuk ke bilik temuduga pastikan anda beri salam dahulu, greet selamat pagi, tengahari ataupun bersalaman dengan bakal majikan. Ini kerana untuk memberikan tanggapan pertama yang positif kepada mereka dengan menunjukkan adab yang baik serta dalam pada itu, ia dapat menyenangkan panel penemuduga anda kelak. Selagi mereka belum membenarkan anda duduk, berdirilah dahulu, jangan terus duduk di tempat yang disediakan sehingga diberitahu.
2. Hubungan mata
Sekirannya anda dilontarkan soalan daripada penel penemuduga, pastikan anda menjawab soalan mereka dengan melihat tepat ke mata dan wajah mereka agar mereka tidak jengkel dengan sikap anda melihat ke tempat lain ketika menjawab. Tambahan, jika anda tidak melihat ke mata mereka ketika menjawab, semestinya panel akan beranggapan bahawa anda tidak mempunyai minat yang mendalam untuk bekerja di dalam syarikat. Jika anda berasa takut untuk melihat kearah mata dan tidak mampu melakukannya boleh guna cara dengan melihat kening atau kening mereka.
3. Utarakan soalan yang bernas
4. Fahami soalan sepenuhnya sebelum menjawab soalan penemuduga
0 Response to "Panduan Berjaya Dalam Temuduga Kerjaya "