Resepi Ayam Goreng Madu & Nasi Minyak

- Masa Penyediaan: 50-55 minit,
- Masa Memasak:1 jam,
- Jumlah Hidangan:6-7 orang
Bahan-Bahan:
- Bahan-bahan untuk ayam madu:
- ½ ekor ayam
- 3-4 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- *boleh tambah 1 batang serai
- sedikit air
- sedikit garam
- 2 sudu besar kicap manis
- ½-1 sudu besar madu
- Bahan-bahan untuk nasi minyak:
- 2-3 sudu besar majerin/mentega/minyak sapi
- 1 sudu besar minyak masak
- ½ biji bawang besar
- 1 inci halia
- 2 helai daun pandan
- rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum cengkih, 4 biji buah pelaga)
- 2 cawan beras
- Anggaran 2 cawan air + 1 cawan susu cair
- garam secukup rasa
- Bahan-bahan untuk sos cili ala Thai:
- 4 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 5-6 tangkai cili padi merah
- 1-2 cawan air
- akar ketumbar
- 2-3 sudu besar gula
- 1/4 cawan cuka
- 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk ayam madu:
- Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan serai bersama sedikit air.
- Masukkan bahan kisar halus, sedikit garam, kicap manis dan madu kedalam ayam yang dipotong kecil.
- Gaul kesemuanya hingga sebati dan perap minimum 1 jam.
- Kemudian, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak tetapi jangan terlalu lama.
- Selepas digoreng, sapu ayam dengan madu dan gaul sekata.
- Cara-cara untuk nasi minyak:
- Hiris nipis bawang besar dan halia.
- Tapis dan tos beras yang telah direndam lembut selama 1 jam.
- Panaskan majerin/mentega/minyak sapi dan tambah sedikit minyak masak.
- Tumis bawang besar dan halia, rempah empat sekawan, daun pandan, dan tuang beras yang telah direndam. Lalu, goreng kesemuanya seketika dalam masa 2-3 minit.
- Masukkan air dan susu cair mengikut sukatan bersama garam secukup rasa dan kiub ayam (pilihan).
- Kemudian, pindah masuk kedalam periuk nasi dan masak.
- Nasi minyak siap dimasak boleh dihidangkan dengan taburan daun ketumbar, bawang goreng dan cili merah bersama ayam goreng madu dan sos ala Thai.
- Cara-cara untuk sos cili ala Thai:
- Kisar kasar bawang putih, cili merah, cili padi dan halia (pilihan) beserta air.
- Tuang bahan kisar kasar kedalam periuk.
- Masukkan akar ketumbar, cuka, gula dan bancuhan tepung jagung bersama sedikit air sehingga sos menjadi pekat.
- Bila sudah mendidih, tutup api dan sejukkan sos cili.
Tips:
- Jangan letak terlalu banyak madu kerana akan membuatkan gorengan ayam menjadi hitam.
- Jika menggunakan beras biasa, tidak perlu rendam beras. Hanya basuh dan tapis sahaja dan terus masak.
- Sukatan nisbah beras dan air ialah 1 cawan beras kepada 1½ cawan air.
- Jika tidak mahu menggunakan cuka, boleh digantikan dengan jus lemon.
- Boleh juga ditambah sos ikan kedalam sos cili ala Thai.
Sumber: Che Nom
0 Response to "Resepi Ayam Goreng Madu & Nasi Minyak"