Semakan Status Temu Janji Pemberian Vaksin COVID-19

 


Kepada orang awam yang sudah mendaftar untuk mendapatkan Vaksin COVID-19, kini anda boleh membuat semakan temu janji untuk pemberian Vaksin COVID-19 secara atas talian terutamanya kepada penerima Vaksin COVID-19 Fasa 2.

Untuk makluman, pemberian Vaksin COVID-19 yang dilakukan oleh badan kerajaan adalah merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijalankan sehingga Februari 2022.

Bagi orang ramai yang masih belum mendaftar, anda boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, laman web https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/, atau menghubungi talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan iaitu 1 800-888-828


Fasa Pemberian Vaksin

Pemberian Vaksin COVID-19 di Malaysia akan berlangsung sebanyak 3 fasa:



Cara Semakan

Untuk melakukan semakan, orang awam boleh menyemak semakan temu janji pemberian COVID-19 melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/.
  2. Isikan no. kad pengenalan dan no. telefon.
  3. Klik kotak kosong di sebelah ‘I’m not a robot.’
  4. Klik butang ‘Log Masuk.’
  5. Butiran temu janji dipaparkan.

Pengesahan Temu Janji

Orang awam perlu mengesahkan tarikh temu janji yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam masa 48 jam (2 Hari).

Cara pengesahan temu janji boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Orang ramai akan menerima notifikasi temu janji melalui SMS yang dihantar melalui telefon bimbit.
  2. Baca dan semak tarikh temu janji yang telah ditetapkan tersebut.
  3. Sahkan tarikh temu janji dengan membalas ‘Ya’ atau ‘Tidak’ kepada SMS terbabit.

Sumber: Semakan Online