Sempat Masak Untuk Adik-Beradik, ‘Chat’ Terakhir Arwah Abang Sebelum Meninggal Dunia Buat Adik Sebak

Bak kata pepatah, sangat pahit jika ditelan. Begitulah perasaan bila mendengar khabar pemergian insan tersayang pastinya akan memberikan kesan yang begitu mendalam kepada seseorang.

Kerinduan yang tidak dapat diubati itu pastinya membuatkan lebih perit. Hanya memori dan kenangan bersama sahaja dapat melepaskan rindu adik beradik.

Sama seperti kisah Shakirah Juhari yang baru sahaja kehilangan abangnya beberapa hari lepas luah rasa rindu yang teramat kepada arwah. Dia juga kongsi kisah arwah abangnya yang dikenali sebagai Adam Char Kuey Teow sempat memberi makanan kepada seluruh keluarganya sebelum terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

Aku terduduk masih tak percaya…


“Semoga Dipermudahkan” Ya. Benar. Sangat mudah abang pergi meninggalkan kami.

Mendapat panggilan daripada kawan suami mengatakan abangku kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Aku terduduk masih tak percaya. Abah dan ibu mertua bawa aku p tengok sendri mayat abang ditempat kejadian.

Aku terkejut benar itu abang aku, Zamri Bin Juhari atau abang Adam. Aku terpaku kaki tak mampu untuk melangkah tangan tak mampu untuk memegang, aku hampir-hampir nak pitam bukan sebab pendarahan tapi sebab aku tak boleh terima itu dia yang terbaring atas highway tepi laluan kecemasan.

Dia baru sahaja selesai masak makanan untuk diagihkan buat kami adik beradik. Dia dalam perjalanan nak hantar makan kat anak-anak dia di sekolah tahfiz, rumah kak Ida (kakak dia), rumah Dayah (adik dia), rumah kak Tah (Adik dia) dan Mak last sekali sebelum dia balik rumah.


Inilah rutin dia hari-hari sejak bulan Ramadhan. Aku tak sempat jumpa dia bila mana dia hantar makanan sebab aku dah pi rumah mertua berbuka di sana. Dia akan tinggal dipintu rumah. Dia akan pesan dia p hantar tapi tak ada orang dia tinggal kat pintu.

Dia seorang abang yang ada dimana adik-beradik memerlukan dia…



Aku masih belum boleh terima kehilangan dia. Aku masih tak percaya. Aku masih terkejut. Aku sedih. Aku sayu. Aku rindu dia. Dia seorang abang yang ada dimana adik-beradik memerlukan dia.

Sebelum abang nak hantar makanan kepada yang lain abang sempat ambik gambar post dalam group adik beradik “Semoga Dipermudahkan”…



Hari Selasa.. Abang masak sendri juadah berbuka puasa untuk diberikan kepada kami. Inilah makanan yang terakhir abang masak untuk kami.



Rindu abang tiada penghujung. Kematian yang dicemburui. Semoga Abang Adam ditempatkan bersama orang-orang beriman, Syurga buatmu Abang.


Baca juga: Ujian Berat Keluarga 5 Orang Anak Hilang Tempat Berteduh Disebabkan Rumah Kebakaran

Sumber: Siakap Keli