Diserang Strok, Pensyarah Tetap Gigih Mengajar Kelas Online Ketika Terlantar Di Wad


Kegigihan seorang pensyarah dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya walaupun sedang terlantar sakit, ternyata menyentuh hati ramai.

Menerusi perkongsian video oleh seorang pelajar, Balqis Maharani, di akaun TikTok pada Isnin, pensyarahnya yang dikenali sebagai Aceng Muhtaram itu dikatakan diserang strok sejak seminggu yang lalu.

“Biasanya beliau (pensyarah) akan memberikan link Zoom kepada kami dari subuh untuk kuliah pada jam 9.30 pagi tetapi pada jam 9.00 pagi masih tidak ada jawapan.

“Apabila meminta link Zoom kepada penolong pensyarah, kami terkejut ketika diberitahu beliau dimasukkan ke ICU kerana strok,” katanya.

Awalnya mereka menyangka pensyarah yang mengajar subjek Penelitian Administrasi Pendidikan di sebuah kampus di Bandung, Jawa Barat itu tidak akan mengajar kerana belum sihat.

Namun, sangkaan itu meleset apabila pensyarah masih ingin meneruskan kelas seperti biasa walaupun berada dalam keadaan terlantar.

”Kami terkejut melihat bapak sedang terbaring dan perlu dibantu dengan ramai orang.

”Beliau akhirnya tidak mampu menyampikan kuliah sehingga selesai dan diserahkan kepada pembantunya,” kata Balqis.

lekas sembuh ya pak🤲😭#WeDOIndonesia #YWY3WeRockTheWorld #fypシ #RangkaiKebaikan #mahasiswa

Rata-rata warganet yang merasa tersentuh, mendoakan kesembuhan pensyarah berkenaan selain memuji usaha yang dilakukan beliau dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar walau dalam keadaan sukar. 


Pengorbanan yang sangat besar sekali..



Hargailah pensyarah kalian yang semangat mengajar dan baik pada pelajar..




Sumber: Siakap Keli