Penduduk Sanggup Naik Sampan Redah Sungai Elak Sekatan


Sempena hari raya Aidilfitri ini siapa sahaja yang tidak sedih tak dapat pulang beraya di kampung halaman bersama orang tua masing-masing. Namun demi kesejahteraan dan bagi mengelakkan penularan Covid-19 lebih teruk lagi, maka lebih eloklah kita berada di rumah masing-masing.

Jika di Malaysia nampaknya penduduk sudah akur tidak dapat pulang berhari raya, di negara seberang lain pula yang jadi. Sebelum ini tular dengan rakaman penunggang motosikal berpusu-pusu meredah sekatan jalanraya untuk pulang ke kampung halaman.

Kali ini ada pula penduduk sanggup naik sampan redah sungai untuk elak sekatan bagi membolehkan mereka pulang ke kampung halaman. Menerusi laporan Suara Jabar.com, langkah ekstrem yang diambil penduduk setempat itu membuatkan pihak polis telah melakukan kawalan di beberapa kawasan termasuk di jambatan Sungai Citanduy, Jabar, Jawa Barat.

Difahamkan ada yang tegar sehinggakan sanggup naik sampan redah sungai dan rakit untuk ke Jateng, Jawa Tengah. Lebih mengejutkan apabila kaedah ini menjadi satu trend ramai untuk pulang ke kampung menggunakan jalan air sebagai salah satu cara alternatif bagi elakkan diri daripada pihak berkuasa.

Untuk makluman, laluan sungai itu bukannya satu alternatif baharu yang digunakan, tetapi sudah bertahun-tahun menjadi jalan air buat mereka yang mempunyai kampung berhampiran sungai tersebut. Kisahnya, bukanlah ia terjadi pada menjelang hari raya sahaja.

Sumber: Himpunan Cerita Lawak