Resepi Ayam Geprek


BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan untuk ayam geprek:
10-15 tangkai cili padi merah
3 biji cili merah besar
2-3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato
sedikit gula
garam secukup rasa
serbuk penambah rasa (optional)
4 ketul /500g ayam
1 biji limau nipis
1-2 cawan tepung goreng ayam segera
sedikti air sejuk dari peti ais
minyak masak
timun
salad

CARA PENYEDIAAN:
Cara-cara untuk sambal:
1. Potong kasar cili padi merah, cili merah besar, bawang besar dan bawang putih serta tomato.

2. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang telah dipotong. Tomato dimasukkan lambat sedikit agar ia tidak terlalu hancur.

3. Angkat bahan yang digoreng dan toskan minyak.

4. Tumbuk atau gesek kasar bahan-bahan goreng.

5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa (pilihan) agar secukup rasa. Lalu, tumbuk sebati.

6. Tuangkan minyak gorengan yang masih panas kedalam bahan yang ditumbuk.

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM GEPREK:
1. Bersihkan ayam dan perah jus limau nipis kedalam ayam lalu perapkan selama 10-15 minit.

2. Celup dan salut ayam yang diperap kedalam tepung ayam segera. Kemudian, celup pula kedalam air sejuk dan celup kembali kedalam tepung. Biarkan ayam seketika agar ia sebati dengan salutan.

3. Selepas itu, goreng ayam sehingga masak keperangan.

4. Kesemua ayam yang siap digoreng setelah itu ditumbuk atau digrepek bersama sedikit sambal.

5. Kemudian, ayam geprek siap dan boleh dihidang bersama nasi, ulam-ulaman dan limau nipis.

TIPS:
1. Sebelum menggoreng cili padi merah, patahkan cili atau potong kasar bagi menghindarkan ia meletup semasa menggoreng.

2. Untuk mendapatkan ayam goreng yang lebih rangup, ayam yang digoreng hendaklah tidak diletakkan kesemuanya sekaligus kedalam minyak panas tetapi diletakkan dua ketul terlebih dahulu kemudian baru masukkan yang seterusnya.