Resepi Cheesecake Brownies
Bahan-Bahan:
- Bahan-bahan untuk lapisan brownies:
- 115g dark chocolate
- 113g / ½ cawan unsalted butter
- 150g /¾ cawan gula perang
- 2 biji telur
- ¼ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil ekstract vanila
- 63g / ½ cawan tepung gandum
- Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
- 225g / 1 cawan cream cheese
- 50g / ¼ cawan gula kastor
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil ekstract vanila
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk lapisan brownies:
- Cairkan dark chocolate dan unsalted butter menggunakan kaedah “double boil”, iaitu panaskan air didalam periuk dan letak mangkuk diatasnya lalu masukkan kedua bahan didalamnya sehingga cair.
- Adunan coklat yang dicairkan tunggu sehingga sejuk lalu masukkan gula perang dan kacau selama 1-2 minit.
- Masukkan telur kedalam adunan telur dan kacau sebati.
- Kemudian, masukkan sedikit garam, esen/ekstrak vanilla dan tepung gandum. Tepung dimasukkan sedikit demi sedikit dan kacau.
- Cara-cara untuk lapisan cheese:
- Masukkan cheese dan tekan cheese yang berketul sehingga lembut.
- Masukkan gula kastor dan telur lalu kacau kesemuanya hingga sebati.
- Tambah esen/esktrak vanilla dan sambung kacau hingga 2-3 minit lagi.
- Cara-cara untuk cheesecake brownies:
- Griskan loyang dengan majerin atau mentega lalu lapik menggunakan kertas baking.
- Tuang adunan brownies kedalam loyang dan simpan 1 senduk adunan untuk taburan akhir.
- Kemudian, masukkan pula krim keju di atas adunan krim keju sebagai lapisan atas lalu tuang baki adunan brownies atau coklat tanpa tenggelamkan lapisan krim keju.
- Guna lidi/chopstick/sudu untuk bentukkan corak swirl diatas lapisan atas mengikut kreativiti masing-masing.
- Bakar brownies dalam anggaran suhu 160˚C, 20-30 minit. Tambah lebih masa seperti 5-10 minit jika brownies tidak masa ditengahnya.
- Keluarkan brownies dan biarkan sejuk seketika dan potong cheesecake brownies.
Tips:
- Gula perang yang dimasukkan dalam adunan coklat tidak perlu cair sepenuhnya.
- Untuk lapisan krim keju diatas adunan coklat, jangan letakkan adunan krim keju terlalu banyak bagi menggelakkan adunan tenggelam. Boleh juga menggunakan ‘piping bag’ bagi mudah meletakkan adunan krim keju.
- Untuk mengetahui cheesecake brownies sudah siap dimasak, cucuk menggunakan lidi dan akan kelihatan basah dihujungnya.
- Rendam pisau dengan air panas dan lap bersih pisau bagi setiap kali potongan brownies.
Sumber: Che Nom
0 Response to "Resepi Cheesecake Brownies"