Resepi Kek Sarang Semut yang Legend
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk gula karamel:
1 cawan/ 200g gula putih
1 cawan/ 250ml air
Bahan-bahan lain:
sedikit mentega, untuk sapuan
4 biji telur, saiz B
1/2 cawan/ 153g susu pekat manis
1/3 cawan/ 76g mentega
1 cawan/ 125g tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat atau baking soda
1 sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:
1. Sediakan loyang, sapu mentega dan lapik dengan kertas baking.
2. Ayakkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
3. Masak gula putih sehingga perang dan larut.
4. Bila dah perang, masukkan air panas dan biarkan gula larut sekata. Kemudian boleh angkat dan ketepikan.
5. Cairkan butter atau mentega dengan api kecil.
6. Pecahkan telur dan kacau perlahan sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan susu pekat dan kacau lagi sehingga sebati.
8. Masukkan butter cair dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.
9. Masukkan esen vanilla.
10. Masukkan gula karemel cair tadi.
11. Tapis adunan supaya adunan halus dan tak berketul. Tutup dan perap selama minimum 1 jam.
12. Tuang adunan dalam loyang dan sedia utk dibakar.
13. Bakar dengan api bawah sahaja pada 20 minit pertama dengan suhu 160°C.
14. Selepas 20 minit, tukar kepada api atas bawah dan teruskan bakar sehingga masak. Anggraan 20 minit, atau mungkin kurang. Ikut saiz dan jenis oven masing-masing
15. Cucuk dengan lidi, kalau lidi bersih, kek dikira sudah masak.
Tips:
1. Teknik nak kacau bahan cair dengan bahan kering, kita kena kacau dari tengah, nanti perlahan-lahan bahan kering sekeliling tu akan menyerap air dan bergaaul sebati.
2. Pada 20 minit pertama, bakar mengunakan api bawah dan tinggikan tray utk jarakkan sikit dari rod haba. Cara macam ni akan hasilkan lebih banyak ronga-ronga atau sarang semut
Sumber: Che Nom
0 Response to "Resepi Kek Sarang Semut yang Legend"