12 Tokoh Kanan Ikhwanul Muslimin Dijatuhkan Hukuman Bunuh Oleh Mahkamah Agung Mesir
Sumber kehakiman memberitahu Reuters bahawa Mahkamah Agung Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 12 anggota kanan Ikhwanul Muslimin. Demonstrasi mereka pada tahun 2013 berakhir dengan pembunuhan ratusan penunjuk perasaan oleh pasukan keselamatan.
Keputusan ini bermakna 12 tokoh kanan ini bakal menghadapi hukuman mati sementara menunggu persetujuan Presiden Abdel Fattah al-Sisi. Mereka yang terlibat termasuk Abdul Rahman Al-Bar, ulama terkemuka, Mohamed El-Beltagi, mantan anggota parlimen, dan Osama Yassin, mantan menteri.
Sebahagian tokoh Ikhwanul Muslimin lain turut dijatuhkan hukuman mati dalam kes lain yang berkaitan dengan rusuhan yang berlaku setelah penggulingan presiden Ikhwanul Muslimin Mohamed Mursi pada tahun 2013, tetapi Mahkamah Kasasi memerintahkan pembicaraan semula.
US News turut menyatakan bahawa kumpulan hak asasi manusia telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap hukuman mati yang kian meningkat di Mesir dengan sekurang-kurangnya 51 pembunuhan telah dijatuhkan tahun ini, lapor Amnesty International.
Hukuman mati ke atas 12 tokoh Ikhwanul Musliman ini berlaku setelah mereka dituduh membunuh dan menghasut kepada keganasan semasa rusuhan pro-Ikhwan di dataran Rabaa al-Adawiya di Kaherah pada minggu setelah jatuhnya Presiden Mursi dari tampung kepimpinan.
Untuk rekod, pada September 2018, mahkamah jenayah Mesir turut menjatuhkan hukuman mati kepada 75 orang dan mengeluarkan hukuman penjara untuk lebih dari 600 yang lain. Difahamkan bahawa mereka telah diadili tanpa kehadiran di mahkamah.
Sumber: Reuters/Vocket
0 Response to "12 Tokoh Kanan Ikhwanul Muslimin Dijatuhkan Hukuman Bunuh Oleh Mahkamah Agung Mesir"