'Menghina Nabi Muhammad Saw' Penduduk Israel Melakukan Semasa Perarakan Bendera Berlangsung

Penduduk Israel Hina Nabi Muhammad SAW Ketika Perarakan Bendera, Allahuakbar Allah itu maha melihat dan mendengar, Semoga ada baik datangnya pada penduduk Palastine. 

Baru baru saja kejadian tersebut berlaku, Dalam hal ini,  tentera Israel kembali melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza.

Serangan udara itu dilancarkan sebagai membalas gelombang serangan belon api ke selatan Israel dari beberapa lokasi di Gaza.

Seterusnya, Serangan belon api itu dikatakan mencetuskan sekurang-kurangnya 20 kejadian kebakaran.

Belon api itu dilepaskan semasa kira-kira ribuan penduduk Israel mengadakan Perarakan Bendera di Kota Lama Baitulmuqaddis yang juga mencetuskan provokasi.

Namun begitu, Mereka juga telah menghina Nabi Muhammad Saw semasa perarakan tersebut berlangsung. mereka bertindak di luar batasan apabila menghina Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab semasa perarakan bendera menuju ke pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Mereka juga dilihat menari dan menyanyi seperti sedang mempermain mainkan islam, selain itu mereka juga mengibarkan bendera di Pintu Masuk Damascus dan masyarakat Palestin di situ dikosongkan.

Terdapat beberapa gambar dan vedio yang telah dimuat naik di media sosial berkenan penduduk islam kita disana.


Tindakan mereka secara terang-terangan melakukan penghinaan terhadap rakyat Palestin dan sengaja mencabar sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.

Selain penghinaan terhadap nabi, mereka juga bersorak gembira dengan menyebut ‘mati orang Arab’.

Dalam masa sama, seorang penduduk diserang tentera Israel ketika mengibarkan bendera Palestin di tengah-tengah himpunan dan perarakan di Pintu Al-Amoud.

Sehingga kini, seramai 17 penduduk Palestin ditahan tentera Israel dan berpuluh-puluh individu lain cedera di Pintu Damsyik.

Perarakan Bendera itu disebut March of the Flags sebagai memperingati ulang tahun rampasan kota itu apabila Isreal merampas Baitulmaqdis dari Jordan pada tahun 1967 dan sehingga kini tindakan itu tidak diakui sebahagian besar masyarakat antarabangsa.


Sumber: Odisi

PERHATIAN: Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan  anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih

TAG