Pemandu Audi Dan Saga Dikecam Netizen, Kerana ‘Potong’ Laluan Secara Melulu,

Sewaktu orang ramai terpaksa bersabar menunggu ketika terperangkap di dalam kesesakan trafik, pasti ada pengguna jalan raya lain yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan pelbagai cara bagi membolehkan mereka keluar dari jalan tersebut secepat mungkin.

Baru-baru ini, Menerusi perkongsian dari seorang pengguna facebook telah memuat naik dua rakaman video dashcam (video hadapan dan belakang) menunjukkan tiga buah kereta memotong kenderaan lain dengan melalui di antara laluan kiri dan kanan jalan

Dalam hal ini, kelihatan sebuah audi A3, Proton Inspira (convert mitsubishi Lancer) dan Proton Saga telah ‘berkonvoi’ memotong kenderaan lain yang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas semasa hujan.

Seterusnya, kedengaran deruman bunyi ekzos kuat dan hon sebagai isyarat kepada kenderaan lain untuk ‘membuka’ laluan kepada kesemua kenderaan terbabit untuk mencelah di tengah-tengah jalan tersebut.

Insiden ini telah menyebabkan orang ramai melontarkan pelbagai kecaman kepada ketiga-tiga pemilik kereta yang tidak bertanggungjawab dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.





Pemilik hantaran ini telah memuat naik satu tangkap layar ‘pengakuan’ dari seorang pemilik kereta Audi tersebut. Dia mengaku telah membawa kenderaannya secara melulu kerana terdapat kemalangan berlaku ketika waktu itu .

Terangnya lagi, dia terpaksa berbuat sedemikian kerana dia merupakan salah seorang ‘callman’. Namun penjelasan tersebut hanya menjadi bahan jenaka orang ramai sahaja.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan  anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih