Terdapat Gumpalan Aneh Terperangkap Dalam Jala Cetus Misteri & Tanda Tanya “Nak Kata Ikan Bukan, Buaya Pun Bukan”


Terdapat beberapa kejadian yang telah dikongsi melalui laman media sosial yang mana, Video tersebut bermula dengan sekumpulan lelaki yang sedang menaiki bot berhenti di tengah sungai dan menurunkan pukat mereka ke dalam sungai.

Secara tiba-tiba air di tengah-tengah sungai itu terlihat berkocak seakan ada sesuatu di bawahnya. Kemudiannya, pukat mereka telah ditarik dengan kuat oleh sesuatu yang berada di dalam sungai tersebut.

Tarikan tersebut sangat kuat sehinggakan ianya berdaya menggerakkan bot mereka dengan agak laju.

Kerana tidak mahu kejadian yang tak diingini berlaku, mereka akhirnya berkeputusan memotong pukat tersebut.


Tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku serta apakah ‘benda’ yang telah menarik pukat mereka itu.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial Facebook. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 170 ribu kali dan telah mendapat lebih 5 ribu perkongsian.

Sebilangan warganet yang menonton video tersebut mendakwa bahawa ‘benda’ yang  menarik pukat mereka itu adalah sulur bidar (sejenis hantu dalam kepercayaan masyarakat melayu).


Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan  anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih