-->
banner here
Powered by Blogger.

Bertekad Nak Robek Hati Rakyat Malaysia, Leverdez Tersungkur Di Tangan Lee Zii Jia

advertise here


Kemeriahan temasya sukan Olimpik Tokyo terus dirasai di negara ini apabila pemain
 badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia telah berjaya menewaskan lawannya dari Perancis, Brice Leverdez dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan M sebentar tadi.

Mengambil masa selama 33 minit, Zii Jia memenangi perlawanan itu secara straight set dengan mata 21-17, 21-5.

Walaupun ditonton dari kejauhan, rakyat Malaysia juga turut merasai adrenalin semasa Zii Jia bertungkus lumus ‘meranapkan’ impian Leverdez untuk ke peringkat seterusnya.

Namun, apa yang pastinya adalah tumpuan rakyat Malaysia juga terarah kepada Leverdez yang sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa dia akan ‘merobek’ hati peminat di Malaysia dan mengalahkan Zii Jia.

Memetik laporan dari Astro Awani semalam, Leverdez yang sebelum ini pernah mengalahkan Zii Jia dan Datuk Lee Chong Wei mengatakan bahawa dia 100 peratus telah bersedia untuk menghadapi perlawanan malam ini.

“Saya harap dapat meremukkan hati peminat Malaysia. Maaf,” katanya.

Sementara itu, media sosial juga dihujani dengan ucapan tahniah kepada Zii Jia berserta ucapan semangat buatnya meneruskan perlawanan yang seterusnya.


Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan  anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih