-->
banner here
Powered by Blogger.

Detik Detik Ribut Pasir Setinggi 100 Meter ‘Serang’ Bandar Di China

advertise here


Baru sahaja dilanda tragedi banjir besar, China sekali lagi diuji dengan ribut pasir ‘gergasi’ setinggi 100 meter di bandar Dunhuang, lapor South China Morning Post.

Menurut abc.net, ribut pasir yang melanda menjadikan langit bertukar kuning dan telah menjejaskan jarak penglihatan menjadi kurang dari lima meter di beberapa kawasan. Polis trafik tempatan telah mengenakan kawalan lalu lintas di pintu tol dan mengarahkan kenderaan untuk keluar dari kawasan lebuh raya.

Tambah portal itu, lalu lintas terganggu dan lebih daripada 400 penerbangan dari dua lapangan terbang utama dibatalkan. Rakaman dan foto-foto ribut pasir yang ‘menyerang’ China telah banyak tersebar di media sosial.

Menurut SCMP, pihak berkuasa cuaca tempatan telah mengeluarkan amaran kuning.

 
Sumber: Siakap Keli
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan  anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih