-->
banner here
Powered by Blogger.

Ibu Ini Pecahkan Rekod Jalankan Misi Nak Memiliki 105 Orang Anak

advertise here


Seorang wanita yang berasal dari Rusia ini mendedahkan bahawa dia dan suaminya seorang jutawan merancang untuk memiliki 105 anak bagi memecah rekod keluarga terbesar di dunia.

Christina Ozturk berusia 23 tahun ini kini telah memiliki anak dan berkeinginan untuk menambah lagi cahaya mata tanpa mengira latar belakang mereka dengan menggunakan perkhidmatan ibu tumpang.

Dailymail melaporkan ibu muda ini sangat suka dengan kehidupan berkeluarga besar bersama suami tercinta yang berusia 56 tahun yang merupakan seorang pemilik hotel yang sangat kaya.

Wanita ini melahirkan anak sulungnya, Vika pada usia 17 tahun dan berhasrat untuk memiliki anak sebanyak yang mungkin. Anak ke-11 pasangan itu dilahirkan pada Januari lalu.

Katanya, dia dan suaminya sanggup menghabiskan wang pembelanjaan hingga 1 juta pound sterling (RM5.8 juta) untuk mendapatkan 100 bayi menggunakan kaedah ibu tumpang.

Pasangan jutawan ini mendedahkan di akaun media sosial, mereka berhasrat untuk memiliki 105 anak tetapi mengakui itu hanyalah jumlah secara rawak.

“Kami tidak bersedia untuk berbincang jumlah akhir, semua ada waktunya tersendiri. Untuk pastikan jumlah tersebut tercapai saya perlu pastikan setiap tahun haru mempunyai 12 orang anak selama 7 tahun.” kata Christina.

Wanita ini menunjukkan ruang membaca anak-anaknya dan setiap anak mempunyai buku harian mereka. Dalam buku harian tersebut mencatat segala aktiviti mereka seharian.

Mereka juga melatih anak-anak kecil ini supaya tidur tepat pada masanya pada pukul 8 malam hingga 6 pagi tanpa sebarang gangguan.

Dia juga berkata, anak gadisnya suka menjaga adik-adik yang lain dan sentiasa berada di ruangan bayi untuk bermain bersama mereka.

Bukan itu sahaja dia juga melatih pengasuh anak-anaknya dengan rutin yang ketat. Dia sendiri akan memasak makanan kepada anaknya dan tidak menggunakan sebarang makanan yang ada di dalam tin.

Dia juga akan memastikan makanan mereka mencukupi dan adil antara satu sama lain.

Bagaimanapun, dokumen hitam putih dan undang-undang sangat penting bagi ibu tumpangan yang mendandungkan bayi untuk pasangan ini.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan  anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih