Kenderaan Bawa Bekalan Vaksin Terbabas Selepas Langgar Babi Melintas Secara Tiba-Tiba
Memetik laporan Astro Awani, sebuah Nissan X-Trail milik Jabatan Kesihatan Daerah Pekan terbabas akibat terlanggar babi semasa dalam perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan Chini di Pekan untuk menghantar bekalan vaksin, kira-kira jam 9 pagi, pada Rabu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pemandu kenderaan itu yang berusia 46 tahun dan seorang pegawai farmasi berusia 39 tahun tidak cedera dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Pekan-Batu Balik itu.
“Ketika kejadian, kenderaan pacuan empat roda berkenaan diiringi kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan menghala ke Klinik Kesihatan Chini untuk menghantar bekalan vaksin Covid-19.
“Kenderaan terbabit mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi dan sudah dihantar ke unit kenderaan Jabatan bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah Mohd Zaidi lagi, pemandu tersebut juga telah membuat laporan mengenai insiden kemalangan tersebut kira-kira jam 1.30 petang pada hari sama.
Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "Kenderaan Bawa Bekalan Vaksin Terbabas Selepas Langgar Babi Melintas Secara Tiba-Tiba"