-->
banner here
Powered by Blogger.

Netizen Kagum Pemandu Ini Cekap Pandu Keretanya Yang Rosak Secara Mengundur

advertise here


Sebaik mana pun kita menjaga kenderaan, pasti akan ada satu hari itu kenderaan tersebut akan mengalami kerosakkan secara tiba-tiba tanpa menunjukkan sebarang ‘petanda’ awal.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video sebuah kereta Toyota Land Cruiser bergerak dalam keadaan yang pelik kerana ia sedang dipandu secara mengundur di satu persimpangan lampu isyarat.

netizen yang sangat kagum melihat kecekapan pemandu tersebut untuk mengawal keretanya secara mengundur.

Menurut orang ramai, kereta itu disyaki sedang mengalami masalah pada kotak gear yang tidak membolehkan pemandu menggunakan gear D. Sebaliknya hanya gear R sahaja yang boleh berfungsi.

Walaupun pemandu tersebut kelihatan cekap mengendalikan kenderaannya secara mengundur, tetapi perbuatan tersebut agak berbahaya buat pengguna jalan raya lain yang boleh mengakibatkan kemalangan.

Pemandu tersebut boleh sahaja memilih untuk menggunakan perkhidmatan kereta tunda yang dipercayai lebih selamat untuk membawa keretanya ke bengkel yang berdekatan.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan  anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih