-->
banner here
Powered by Blogger.

Pesawat Peribadi Terhempas Di Amerika, Semua 3 Penumpang Maut, Tular Rakaman Api Marak Kejadian

advertise here



Sebuah pesawat peribadi dilapor terhempas di Lake Tahoe, California di Amerika Syarikat, petang Isnin waktu tempatan. Kejadian berkenaan menyebabkan kesemua 3 penumpang terkorban.

Menurut Daily Mail UK, satu rakaman api marak dipercayai akibat impak ketika terhempas turut tular di media sosial.

Kemalangan berkenaan dikatakan berlaku di kawasan hutan kecil dan api yang terhasil turut menyebabkan hutan kecil berkenaan terbakar.

Bagaimanapun, kebakaran berkenaan berjaya dikawal oleh pihak bomba tempatan.

Setakat ini, identiti ketiga-tiga mangsa yang menaiki pesawat berkenaan tidak didedahkan. Pihak berkuasa juga mengesahkan tiada kecederaan dilapor melibatkan orang awam yang berada di lokasi ketika kejadian kemalangan tragik itu berlaku.

Siasatan awal mendapati pesawat yang terlibat merupakan pesawat jenis Bombardier CL 600. Ia boleh memuatkan seramai 14 orang penumpang dan dua kru.

Foto-foto yang memperlihat sisa-sisa dipercayai badan pesawat berkenaan turut tular di media sosial.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan  anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih