TERKINI: Datuk Seri Tajuddin Dikompaun Kerana Tak Pakai Pelitup Muka Sewaktu Bersama Seorang Individu Di Ruang Legar Lobi Parlimen – KPD Sentul



Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman  dikompaun kerana didapati tidak memakai pelitup muka. Menurut laporan, beliau tidak memakai pelitup muka tersebut sewaktu bersama dengan seorang individu di ruang legar lobi parlimen.

Perkara itu dikongsikan di laman Facebook Bernama TV yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Sentul sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai, mengesahkan perkara tersebut melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada petang tadi.

Menurutnya, hasil siasatan yang dijalankan mendapati bahawa Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah menghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021.

“Pada hari yang sama lebih kurang 2.30 petang, beliau didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang individu lain di ruang legar Parlimen.

“Atas pelanggaran SOP tersebut maka satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadap beliau pada hari ini jam 1.00 tengahari,” katanya.

Tindakan kompaun itu juga dikeluarkan setelah pihaknya mengesan sebuah mesej yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter yang memaparkan Tajuddin telah melanggar SOP PKP dengan tidak memakai pelitup muka.

Sumber: Siakap Keli
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan  anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih