-->
banner here
Powered by Blogger.

BPR Fasa 3: Semakan Tarikh & Baki Bayaran Kategori Bujang / Keluarga

advertise here

 

APAKAH BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bayaran BPR dibuat dalam 3 fasa kesemuanya, dan Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan sebelum ini.


BILAKAH BAYARAN BPR FASA 3 AKAN DIKREDITKAN?

Permohonan BPR 2021 yang layak akan menerima bayaran Fasa Ketiga selepas melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Tarikh bayaran BPR Fasa 3 dijangkan akan diterima pada bulan September 2021.


BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA?

Jumlah bayaran Fasa 3 yang akan diterima adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:

Kategori Keluarga

  • RM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)
  • RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas)
  • RM200 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM600 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas)
  • RM100 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM200 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas)

Berapakah Bayaran Fasa 3 Bagi Kategori Bujang?

Kategori Bujang tidak akan menerima bayaran Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun bayaran Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM350 dalam Fasa 1 dan Fasa 2.

CARA SEMAKAN STATUS / BAYARAN BPR FASA 3

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
Sumber: eCentral