1,700 Rakyat Malaysia Dari Komuniti LGBT Di Hantar Ke Kem Pemulihan Tahun Ini


Pada tahun ini, Kerajaan Malaysia dilaporkan telah menghantar 1,733 rakyat Malaysia dari komuniti lesbian, gay, bisesksual dan transgender (LGBT) ke kem pemulihan yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lapor
 The Malaysia Insight.

Dalam jawapan bertulis kepada parlimen, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa program yang dikenali sebagai Mukhayyam merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk memulihkan ‘gaya hidup’ dan ‘orientasi seksual’ mereka yang berada di dalam kelompok LGBT.

“Kerajaan serius dengan isu yang melibatkan golongan LGBT di negara ini kerana Malaysia adalah negara yang menganut agama Islam.” kata Ismail Sabri menjawab pertanyaan yang diajukan oleh seorang anggota parlimen, Abdullah Sani Abdul Hamid, mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani masyarakat LGBT di Malaysia.

Ismail Sabri menjelaskan bahawa mereka yang dihantar ke kem diajar tentang agama, kesihatan, HIV dan AIDS oleh JAKIM, dan program ini adalah kerjasama dengan beberapa jabatan Islam negeri, Kementerian Kesihatan, majlis agama negeri dan pihak berkuasa zakat (sedekah).

“Mana-mana individu yang melanggar undang-undang harus menghadapi tindakan. Namun, pada masa yang sama, mereka harus dibimbing dan diberi perhatian agar mereka dapat kembali ke jalan yang benar.”

Sumber: The Vokcet

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih