28 PATI Warga Indonesia Ditahan, Kerana Mahu Ceroboh Masuk Negara Melalui Jalan Tidak Sah


Markas Divisyen ketiga Infantri Malaysia (3 Div) mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan tangkapan 28 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia bagi Op Benteng, 6 September lalu.

Pada jam 1.30 pagi, Anggota Petugas Pos Pemerta telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan di kawasan Bio-Desaru, Bandar Penawar, Johor.

Hasil maklumat tersebut, Tim Quick Reaction Force (ORF) dihantar ke kawasan berkenaan. 26 PATI dikesan sedang bersembunyi di tepi pantai Jalan Tanjung Balau-Sedili Kecil (Bio-Desaru) dan berjaya ditahan sekitar jam 2.30 pagi. Dua lagi PATI ditahan pada jam 5.30 pagi di lokasi berhampiran.

Seramai 28 PATI berjaya ditahan, terdiri daripada 25 lelaki dan tiga wanita warganegara Indonesia berusia 17 hingga 51 tahun. Mereka dipercayai baru saja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 17, 575.80 melibatkan matawang ringgit Malaysia RM 1,004, matawang Indonesia IDR 27.052 juta (RM 7,870.80) dan 23 buah telefon bimbit.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih