-->
banner here
Powered by Blogger.

4 Anggota Polis Berhibur Dan Positif Dadah Ditukar Bahagian

advertise here


4 anggota polis yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Klang Selangor 11 September lalu telah ditukarkan bertugas di bahagian lain.

Menurut ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini adalah prosedur biasa. “Mereka ini automatik telah ditukarkan tugas selain tindakan tatatertib. Tindakan lain seperti kesalahan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) iaitu kompaun sudah dikenakan.

Pihaknya juga sedang menunggu laporan penuh siasatan kes berkaitan penyalahgunaan dadah membabitkan mereka.

“Anggota terbabit turut dikenakan tindakan tatatertib selain kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Bagi kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah, kita akan ambil tindakan selepas menerima keputusan laporan daripada pakar,” katanya pada Harian Metro.

Pada 12 September lalu, Harian Metro melaporkan, empat anggota polis yang bertugas di Selangor antara 35 individu ditahan pada serbuan di sebuah pusat hiburan di Klang.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan jam 2 pagi itu dilakukan pihaknya hasil laporan berlakunya aktiviti hiburan, pelacuran dan pengambilan dadah.

Ujian awal saringan air kencing mendapati, 19 individu, termasuk empat anggota berkenaan, positif dadah.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih