-->
banner here
Powered by Blogger.

“Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya..,” Anak Azmi Saat Meninggal Dunia

advertise here

Bayi sulung kepada penyanyi Azmi Saat dilaporkan meninggal dunia selepas tiga hari penyanyi itu bergelar bapa. Perkhabaran sedih ini dikongsikan sendiri oleh Khairul Azmi Mohd Saat atau lebih dikenali sebagai Azmi Saat menerusi hantarannya di Instagram.

Allah lebih menyayanginya..Afnan tunggu kami di syurga ya..



Menerusi perkongsian sebelumnya, Azmi memaklumkan bahawa mereka sedang diuji kerana anak sulungnya itu tidak sihat. Perkongsiannya pada sejam yang lepas turut memaklumkan mereka sedang meriba Afnan untuk kali terakhir.

Kami sedang riba Afnan untuk kali terakhir. Beberapa minit saja lagi.

Khabar duka itu juga turut dikongsikan oleh rakan penyanyi iaitu Danial Zain menerusi laman Instagram yang meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah buat bayi sulung Azmi yang telah meninggal dunia dan menitipkan doa buat Azmi dan isteri.

Sumber: Siakp Keli
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih