-->
banner here
Powered by Blogger.

Ahmad Dhani Tepati Janji Sara Enam Janda Sejak 8 Tahun Lalu, Kecuaian Punca Kemalangan Maut

advertise here


Sudah 8 tahun berlalu, komposer Ahmad Dhani dan anak lelakinya, Dul Jaelani masih berpegang janji untuk menyara keluarga mangsa kemalangan yang meragut enam nyawa pada tahun 2013.

Menurut laporan Liputan 6, Ahmad Dhani yang juga vokalis kumpulan Dewa 19 mendedahkan tidak pernah mengabaikan nasib enam wanita yang bergelar janda selepas suami mereka terlibat dalam kemalangan disebabkan kecuaian anaknya.

Tambahnya, sepanjang lapan tahun dia berusaha sebaiknya untuk menanggung kehidupan enam wanita terbabit. Malah, anaknya Dul Jaelani turut sama membantu menyara seorang wanita.

Difahamkan, tanggungan itu adalah atas inisiatifnya sendiri dan bukannya tertakluk dalam undang-undang mahupun hukuman daripada kemalangan yang berlaku.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih