Ajar Ilmu Penyusuan Penuh Sopan, Wanita Ini ‘Diserang’ Netizen Dengan Komen Berbaur Lucah


Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat orang ramai semakin aktif berkongsi ilmu yang bermanfaat menerusi media sosial. Perkongsian ilmu secara percuma ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai dalam mengaplikasikan ilmu tersebut.

Situasi yang sama turut dilakukan oleh wanita ini menerusi akaun TikTok @nadmasrom di mana beliau selaku kaunselor laktasi bertauliah aktif mengajarkan ilmu mengenai susu ibu kepada para pengguna pada platform tersebut.

@nadmasrom NUMOM LIGHT HANDSFREE @numommalaysiatv #nadbreastfeedinginfo #breastfeedingcounselor #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar #teamsusuibu ♬ nhạc nền - 15schill

Dalam pada itu, niat baik beliau mengajarkan ilmu mengenai susu ibu ini telah menjadi ‘diserang’ oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab yang melucahkan isu penyusuan.

Bukan itu sahaja, beliau dilihat masih lagi ‘dibuli’ oleh golongan tidak bertanggungjawab ini meskipun sudah menutup aurat dengan baik tanpa mendedahkan tubuh badan.

Perkongsian beliau mengenai isu yang berlaku turut dikongsikan di Twitter di mana para netizen turut berang dengan kumpulan ini. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu yang berlaku.

Sehubungan dengan itu, adalah dinasihatkan untuk orang ramai selaku pengguna media sosial untuk tidak mengeluarkan komen berbaur lucah khususnya kepada mereka yang mahu menyampaikan ilmu meskipun tidak dikenali.

Komen-komen negatif ini sekaligus membuatkan orang ramai cenderung untuk tidak berkongsi kerana khuatir bakal menjadi mangsa serangan golongan tidak bertanggungjawab ini.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih