Amerika Syarikat Bimbang China Bakal Mulakan Perang Di Angkasa Lepas


Angkatan Angkasa
 Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kemungkinan serangan China terhadap aset luar angkasa AS. Ini selepas China dikatakan mempunyai peluru berpandu yang mempunyai kemampuan untuk dilancarkan dari darat sehingga ke luar angkasa bagi memusnahkan satelit AS.

Ketua Angkatan Angkasa AS, John Raymond, mendakwa Beijing telah mengembangkan sejumlah besar teknologi ruang angkasa yang dapat memerangi satelit AS. “Saya yakin bahawa kemampuan yang mereka kembangkan akan digunakan oleh mereka,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Futurism.

China dan Rusia kini sedang berkerjasama dalam perlumbaan untuk membina teknologi luar angkasa. Kedua-dua negara ini dikatakan sedang mengembangkan teknologi anti-satelit yang membuatkan para pemimpin negara lain, terutamanya AS mula mengambil sikap berwaspada.

Menurut laporan Express, di bawah kepimpinan Donald Trump, hubungan di antara AS dan China memburuk setelah beliau menubuhkan Angkatan Angkasa AS yang merupakan kekuatan tentera baru bagi menjadikan negara itu sebagai salah satu kuasa besar di angkasa lepas.

Untuk rekod, Agensi Angkasa Negara China kini telah melancarkan kapal angkasa Shenzou-12, yang akan membawa tiga angkasawan ke stesen angkasa Tiangong yang baru, untuk pertama kalinya.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih