-->
banner here
Powered by Blogger.

Annuar Musa Sasar Malaysia Muncul Tempat Kedua Di ASEAN Untuk Perlumbaan 5G

advertise here


Kita sedia maklum
 Malaysia telah menawarkan liputan 4G sudah mencecah 96% di kawasan berpenduduk di negara ini. Perkembangan ini memperlihatkan negara kita sedang cuba menyaingi negara-negara yang sedang membangun lain di mana rangkaian 5G telah menjadi satu penanda aras baharu bagi kegunaan semua individu.

Terbaharu, Tan Sri Annuar Musa telah mengatakan bahawa salah satu prioriti yang diberikan adalah menyediakan perkhidmatan liputan 5G untuk kegunaan komersial di Malaysia. Fasiliti liputan 5G tempatan pada hari ini dilihat masih belum berada di tahap yang disasarkan.

Oleh hal yang demikian, beliau menegaskan Malaysia perlu mempercepatkan pembangunan teknologi 5G untuk memastikan negara kita boleh menawarkan servis 5G seperti sejumlah negara ASEAN yang lain. Rentetan daripada itu, beliau turut menyasarkan untuk menjadi negara kedua teratas dalam tempoh tiga tahun lagi bagi perlumbaan rangkaian 5G.

Setakat ini, Malaysia mempunyai perancangan untuk melancarkan liputan 5G pada hujung tahun ini menerusi spesifik kawasan terlebih dahulu. Kawasan yang bakal mendapatkan perkhidmatan rangkaian 5G untuk fasa awal meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih