Bank Pusat China Dilaporkan Haramkan Semua Aktiviti & Transaksi Libatkan Matawang Kripto
Dalam muat naik terbaru pada laman sesawangnya, People’s Bank of China (PBOC) mengumumkan bahawa mereka akan melarang institusi kewangan, syarikat pembayaran, dan platform internet untuk memudahkan perdagangan mata wang kripto.
China akan mempertingkatkan tindakan kerasnya terhadap perlombongan mata wang kripto sebagai sebahagian daripada usaha negara itu untuk menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon, kata notis yang disiarkan di laman web rasmi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional China pada Jumaat.
Menurut notis tersebut, aktiviti perlombongan mata wang kripto banyak menggunakan tenaga, menghasilkan pelepas karbon yang tinggi dan tidak banyak menyumbang kepada ekonomi.
Negara itu dijangka akan memperhebat undang-undang mengenai keseluruhan proses perlombongan mata wang kripto dan akan melarang keras projek perlombongan yang baharu, kata notis itu.
Hasil daripada pengumuman tergempar itu, nilai Bitcoin dilapokan turun sebanyak 4.5% pada Jumaat sementara nilai Ether merosot sebanyak 6.5%.
Sumber: Siakap Keli
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "Bank Pusat China Dilaporkan Haramkan Semua Aktiviti & Transaksi Libatkan Matawang Kripto"