‘Bukan Rolex Tapi Buruj’- Menteri Agama Nafi Dakwaan Siti Kasim Pakai Jam Mewah Tarik Perhatian Netizen


Sebelum ini, Siti Kasim iaitu seorang peguam telah mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad memakai jam berjenama mewah Rolex.

Hal tersebut mendapat perhatian Idris Ahmad dan beliau menyangkal tuduhan itu lalu menjelaskan perkara sebenar. Dalam perkongsiannya di Facebook, Idris Ahmad menegaskan jam dipakainya hanyalah sebuah jam berjenama Buruj bukanlah Rolex seperti dakwaan Siti Kasim.


Tambahnya, jam jenama Buruj yang dipakainya sejak sekian lama adalah  untuk memudahkan beliau tahu waktu solat serta arah kiblat. Malah, jam berjenama Buruj yang dipakainya itu berharga tidak sampai RM300.

Isu ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menegur kenyataan Siti Kasim yang berbaur fitnah itu serta mahu Siti Kasim meminta maaf pada Idris Ahmad.


Malah, ada juga mengatakan seharusnya Siti Kasim selidik terlebih dahulu dan segelintir netizen mencadangkan mungkin Idris Ahmad boleh hadiahkan jam Buruj kepada Siti Kasim.

Selain itu, para netizen turut mengatakan pasti tidak lama lagi harga jam tersebut akan meningkat dan netizen juga mempamerkan jam jenama Buruj mereka di ruangan komen.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih