Catatan Terkini Jumlah Kenderaan Semakin Banyak Di KL Pada Malam Hujung Minggu


Suasana malam hujung minggu di ibu kota Kuala Lumpur yang sebelum ini sedikit suram kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini dilihat seakan sudah kembali ‘hidup’ dan meriah seperti dahulu.

Tinjauan wartawan foto Bernama pada malam ini mendapati, keadaan lalu lintas di Jalan Bukit Bintang dipenuhi dengan kenderaan orang awam yang dilihat semakin banyak berbanding sebelum ini.

Menurut laporan ringkas Bernama di Twitter, ia berkemungkinan disebabkan orang ramai yang mula keluar membeli-belah serta mengambil peluang makan secara ‘dine in’ di restoran yang dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih