Cristiano Ronaldo Dilihat Memandu Kereta Mewah Bentley Bernilai RM1.4 Juta Ke Pusat Latihan

Cristiano Ronaldo merupakan salah satu pemain bola sepak ternama dunia yang cukup dikenali dengan koleksi kereta mewah hasil bermain untuk beberapa buah kelab terkenal.

Baru-baru ini, tular berita mengenai pemain berusia 36 tahun itu dilihat memandu kereta Bentley Flying Spur baharu bernilai £250,000 (RM1.4juta) ke pusat latihan pasukan Manchester United di Carrington sambil diiringi dua orang pengawal peribadinya yang menaiki SUV Range Rover

Menurut laman portal Mirror.co.uk, model Bentley tersebut merupakan satu-satunya jenama kereta mewah daripada sejumlah supercar yang dimiliki oleh penyerang Portugis itu.

Antara kereta-kereta mewah lain yang turut dimiliki Christiano Ronaldo ialah Bugatti VeyronChiron dan Centodieci, Ferrari F12 tdf, 599 GTO dan Monza serta beberapa buah jenama kereta mewah lain seperti Audi R8Aston Martin DB9 dan Lamborghini Aventador.

Difahamkan baru-baru ini Forbes menamakan Cristiano Ronaldo sebagai salah seorang pemain bola sepak meraih pendapatan tertinggi tahun ini dengan nilai £91.5 juta pound (RM523.30 juta).

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih