-->
banner here
Powered by Blogger.

Daftar Pakej Remaja & Peranti Keluarga Malaysia: Bantuan Akses Internet

advertise here

 

Mengenai Pakej Remaja Keluarga Malaysia👇

Pakej Remaja Keluarga Malaysia ialah pakej berbayar khusus kepada golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.

Menerusi pakej ini, remaja dan pelajar akan menikmati pakej internet hanya RM10/sebulan (dibayar untuk 3 bulan/RM30) bagi menikmati data sebanyak 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (bagi jumlah 90GB).

Bagi data 20GB tersebut, pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, memuat turun video atau permainan dalam talian atau aktiviti berbentuk hiburan.

Bagi data produktiviti, ia boleh digunakan pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah.



Mengenai Peranti Keluarga Malaysia👇

Peranti Keluarga Malaysia pula ialah pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Peranti ini boleh dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan menerusi kontrak selama 12 hingga 24 bulan dan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Menerusi pakej ini juga, pengguna akan menikmati 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.


Cara Mendaftar👇

Cara untuk mendaftar akan diumumkan oleh syarikat komunikasi yang terlibat dalam pelaksanakan kedua-dua pakej ini.

Bagi pengguna yang layak, mereka boleh melanggan kedua-dua pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Bagi Pakej Remaja Keluarga Malaysia, pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan MyKad manakala pendaftaran pelajar melebihi 21 tahun adalah menggunakan kad pelajar.

Maklumat Lanjut👇

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia, sila layari laman web https://www.kkmm.gov.my/.

Sumber: Semakan Online