Diganggu Penceramah Terkenal, Firdaus Wong Kongsi Video Sumpah Laknat Abang Mangsa


Sebelum ini, tular di
 media sosial isu gangguan seksual yang dipercayai melibatkan seorang pendakwah terkenal. Bukan itu sahaja, beberapa video dan mesej lucah turut tersebar di media sosial.

Lantaran itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung isu terbabit. Terbaharu, pendakwah bebas Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi saluran Telegram miliknya telah memuat naik klip video sumpah laknat seorang individu.

Difahamkan, menerusi rakaman berdurasi 46 saat itu memaparkan seorang lelaki yang disorok identitinya mengakui sebagai abang kepada mangsa serangan seksual membabitkan pendakwah terkenal.

Menurutnya, adiknya telah menerima mesej serta panggilan video lucah daripada pendakwah terbabit sehingga membuatkan mangsa mengalami kemurungan serta cuba untuk membunuh diri.

Ketika ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan terlebih dahulu bagi melindungi mereka. Malah, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung mengatakan mereka akan tampil ke khalayak ramai demi menyatakan sebuah kebenaran.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih