Dihina Muka Berjerawat Teruk, Gadis Tak Hirau Komen Negatif & Tetap Hasilkan Make-Up Terbaik

Walaupun menerima kritikan hebat daripada warganet disebabkan jerawat dan parut di muka, perkara tersebut sama sekali tidak mematahkan semangat seorang gadis untuk tampil cantik.

Menerusi video perkongsian seorang gadis cekal berasal dari Indonesia, dikenali sebagai Rika di laman TikTok, menceritakan dia menerima kecaman daripada warganet berhubung keadaan wajahnya yang tidak ‘sempurna’. Kritikan tersebut secara tidak langsung boleh mematahkan semangat seseorang itu namun, tidak bagi gadis ini yang sama sekali tidak menghiraukan kata-kata netizen.

Gadis ini tampil melakukan transformasi terhadap wajahnya dan mengenakan make up sebagai jawapan kepada kritikan-kritikan yang diberi.

Kamu berhak melakukan apa yang kamu suka. Kamu sudah tahu mana yang baik dan buruk untuk dirimu. Jadi tetaplah mencintai diri kamu dengan seadanya.

Gadis ini pada masa yang sama, sempat menceritakan rawatan bulanan yang perlu dilakukan olehnya sebagai solusi terhadap permasalahan jerawat yang dialami olehnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat menitipkan kata-kata semangat kepada gadis ini supaya terus cekal dan tidak mempedulikan kritikan-kritikan yang negatif.

@rikawdwt21

WHO say ?

♬ Who says selena gomez - itcaselena
Sumber: Oh Bulan
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih