Dijangka ‘Terbang’ Hujung Tahun Ini, Indonesia Dedah Drone Ciptaan Anak Tempatan


Sebuah pesawat tanpa pemandu atau
 drone buatan Indonesia dijangka akan dapat terbang untuk pertama kalinya pada akhir tahun ini.

Difahamkan, proses pembuatan drone yang dinamakan sebagai Puna Elang Hitam itu telah dijalankan oleh PT Dirgantara Indonesia (PTDI) dan sebuah syarikat konsortium.

Menurut Karosatuklik, ia juga adalah jenis Medium Altitude Long Endurance.

Ketua Pengarah PTDI, Elfien Goentoro mengatakan bahawa pihaknya masih berusaha menyelesaikan prototaip drone tersebut dan mengembangkannya ke tahap ‘tempur’ yang sesuai dengan arahan Presiden Indonesia iaitu menjaga wilayah negara itu di sempadan.

Elang Hitam mampu terbang pada ketinggian maksimum 24,000 kaki, ‘non-stop’ dengan ketahanan untuk terbang tinggi selama 30 jam, siang dan malam, dalam radius 250km LOS.

Dengan lebar 16 meter dan panjang 8.65 meter, teknologi yang ada padanya boleh menjadi alat yang baik untuk pertahanan negara serta beransur-ansur dapat membangunkan industri pertahanan domestik untuk memenuhi keperluan Peralatan Sistem Senjata Utama (Alutsista) untuk Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Dilancarkan pada bulan Disember 2019, drone tersebut pada awalnya dijangka boleh melakukan penerbangan pertama pada tahun 2024, namun nampaknya ia telah diawalkan pada hujung tahun ini.

Drone berkenaan juga akan dikembangkan untuk tujuan ketenteraan dengan kemampuan untuk membawa senjata dan peluru berpandu.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih