Ditolak Stesen TV Berbayar, Filem Frontliner Bakal Ditayangkan Di Netflix 30 September Ini


Sebelum ini kecoh apabila ada
 filem yang ditolak ditayangkan oleh stesen TV berbayar. Terbaharu, sebuah filem Frontliner turut tidak ditayangkan di stesen TV berbayar atas sebab yang tidak dinyatakan menjadi perhatian ramai.

Difahamkan, filem Frontliner akan ditayangkan di laman penstriman Netflix pada 30 September 2021. Untuk pengetahuan anda, filem ini mengisahkan tentang situasi petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus sepanjang pandemik menular.


Filem ini sudah siap dihasilkan sejak tahun lalu tetapi disebabkan berdepan pelbagai kepayahan seperti stesen TV berbayar tidak jadi menayangkan filem tersebut menyebabkan filem ini ditangguhkan tayangannya.

Bukan itu sahaja, pihak produksi turut ditipu oleh ejen yang dikatakan mahu membantu untuk pitch ke Netflix. Hasil usaha dan tidak berputus asa, kini filem Frontliner akan menemui anda tidak lama lagi di Netflix.

 
 Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen sudah tidak sabar mahu menonton filem ini dan juga mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan atas pengorbanan yang mereka lakukan.

Filem ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Azhan Rani, Beto Kusyairy, Ashraff Muslim, Emma Maembong dan ramai lagi. Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton filem ini apabila ditayangkan di Netflix.

Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih