Dua Lelaki Bakar Kereta Sendiri Untuk Tuntut Insurans RM250,000


Bakar rumah, kilang atau kereta sendiri demi dapatkan wang hasil daripada perlindungan insurans adalah salah satu taktik yang digunakan segelintir individu bagi mendapatkan wang mudah dalam kadar yang segera.

Baru-baru ini dua lelaki diberkas polis setelah tindakan mereka membakar tiga buah kereta milik keduanya untuk membuat tuntutan palsu insurans bernilai RM250,000.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kedua-dua lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana mahu menjelaskan hutang ah long.


“Laporan polis yang diterima meragukan dan polis menahan dua suspek yang masing-masing bekerja sebagai kontraktor dan jurujual pada keesokannya di sekitar Bandar Melaka.

“Polis turut merampas dua unit telefon bimbit,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Sungai Udang, lapor Sinar Harian.

Tambah Datuk Abdul Majid lagi, kedua-dua suspek mendakwa mereka berdepan masalah kewangan dan melakukan perbuatan itu bagi menuntut ganti rugi insurans sebanyak RM250,000 sebagai alternatif membayar hutang ah long yang berjumlah RM500,000.

Pada masa yang sama, mereka berdua turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan khianat api, dadah dan curi. Kedua-duanya ditahan polis pada 13 dan 14 September lalu di sekitar Bandar Melaka.

Pada 13 September, suspek pertama membuat laporan mendakwa kereta jenis Bentley Continental GT miliknya telah terbakar di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam. Selepas itu, tampil seorang individu lagi membuat laporan kereta model Ford Fiesta dan Hyundai Accent terbakar.

“Apabila polis pergi ke lokasi, kita dapati ada keraguan berhubung kejadian itu.

“Pengadu pertama ditahan pada pukul 5.30 petang pada hari sama manakala rakannya ditahan keesokkan harinya,” jelas Ketua Polis Melaka.

Kedua-dua suspek dipercayai telah membakar kenderaan itu untuk membuat tuntutan insurans dan merancangnya sejak tiga bulan lalu. Suspek pertama ditahan pada hari yang sama pada pukul 5.30 petang, manakala tangkapan suspek kedua dibuat pada keesokkan harinya bagi membantu kes siasatan.

Kedua-dua suspek kini masih direman dan kertas siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan juga telah dilengkapkan untuk dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih