Gadis Tular Isi Minyak Diesel Pada Kereta Vios Dakwa Ia Hanya Gimik Sahaja


Anda sudah pasti menjadi salah seorang daripada ribuan orang Malaysia yang sudah melihat gambar seorang wanita bersama-sama sebuah
 Toyota Vios di stesen minyak tular baru-baru ini.

Gambar tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai di pelbagai platform media sosial yang rata-rata terkejut apabila melihat gadis tersebut ‘kelihatan’ seperti cuba mengisi minyak menggunakan diesel.

Setelah gambar tersebut tular, baru-baru ini gadis tersebut memuat naik sekeping gambar di Facebook menyatakan dia sendiri tidak sangka gambar tersebut tular dan menjadi perhatian seluruh Malaysia.

Tambah gadis itu aksi ‘mengisi minyak’ dengan memegang nozzle diesel itu cumalah satu gimik untuk dia berkongsi gambar tersebut di Facebook sebelum kereta tersebut diserahkan kepada pemiliknya.

Gadis tersebut menyatakan walaupun perkara tersebut menjadi kekeliruan kepada para netizen, namun dia mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan perbualan yang dikongsikan oleh orang ramai.

Pada masa sama dia sudah pun memadamkan hantaran gambar asal tersebut yang menjadi ‘kontroversi’ pada hari minggu baru-baru ini.


“Saya tidak dapat masukkan muncung nozzle ke dalam tangki minyak kereta tersebut kerana ukurannya tidak sama. Ia hanya boleh diletakkan untuk bergambar sahaja,” terang gadis jurujual Toyota ini.

Itulah jawapan bersahaja yang diberikan kepada salah seorang netizen yang mempertikaikan tindakan gadis ini ‘mengisi’ diesel ke dalam tangki minyak kereta pelanggannya.

Sebenarnya pada tahun 2015, pernah ada desas-desus menyatakan Toyota bakal mengeluarkan model Vios menggunakan diesel untuk pasaran India. Tetapi perkara itu disangkal pada 2017 apabila ada dakwaan Toyota hanya menjual model Vios dengan enjin petrol di negara tersebut.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih