Gara-gara Isteri Baharu, Wanita Dakwa Dihalau Suami Keluar Dari Rumah Yang Dibelinya Sendiri


Tular di Indonesia, seorang wanita mendakwa telah diusir oleh suaminya walaupun rumah yang didiami mereka adalah hasil dari jerih payahnya.

Menurut Liputan6, wanita itu telah merakam video dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya. Dengan suara yang seakan menahan tangisan, wanita itu menunjukkan keadaan di dalam rumahnya dari ruang tamu dan bilik yang terlihat sangat luas.

Dia juga mengatakan bahawa rumah itu dibeli hasil darinya yang bersusah payah menjual makanan selama tiga tahun.

“Inilah rumah saya, rumah yang saya beli dari kerja keras. Saya menjual seblak (makanan yang dibuat daripada keropok kering) selama tiga tahun dan menyimpan hasil yang diperoleh,” katanya.

Menerusi video itu, dia juga mendakwa telah dihalau keluar dari rumah kerana orang ketiga yang telah dikahwini oleh suaminya.

“Alasan saya dihalau dari rumah adalah kerana dia (suami) mengatakan bahawa saya curang kepadanya walaupun dia sebenarnya yang sudah berkahwin lain, ini sangat memeritkan, rumah tangga kami yang dibina selama 16 tahun musnah,” kata wanita itu.

Tidak mendedahkan identitinya, wanita itu juga meminta agar semua netizen mendoakannya terus kuat dalam menghadapi ujian tersebut dan dapat mengambil kembali haknya yang terhasil dari kerja keras.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih