Guna Kereta Sewa Dan Berlakon Kaya, Lelaki Ini Didakwa Tipu 6 Janda Menerusi Aplikasi Cari Jodoh


Ketika ini, boleh dikatakan ramai masih menggunakan aplikasi cari jodoh untuk mencari pasangan. Akan tetapi, anda seharusnya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Menurut laporan, seorang lelaki berusia 28 tahun dari Garut, Jawa Barat telah ditahan polis selepas tindakannya menipu 6 orang janda dengan menggunakan aplikasi cari jodoh terbongkar.

Pelaku tersebut bernama Yandi mengambil masa sebulan untuk mendekati mangsa-mangsanya. Yandi memberikan janji manis kepada mangsa dan juga mengajak melakukan hubungan seks serta meminta wang dengan alasan perlukan modal kerja.

Difahamkan, pelaku telah menukar nama beberapa kali, bermula dengan Reski, Ferizal, Helski, Roni serta Jayadi, dan hanya mahukan harta mangsanya. Menurut Ketua Polis Semarang, Irwan Anwar berkata bahawa pelaku mengaku bekerja di sebuah syarikat minyak dan kemudian dia mendapat kereta sewa dan berpura-pura kaya.

Malah, pelaku turut meminta wang kepada mangsa dan ada juga yang menyerahkan 80 juta rupiah (RM23,300) serta wang sewa kereta itu sebenarnya diperoleh daripada mangsa. Kesemua mangsa adalah janda muda yang kaya dan Yandi yang ditangkap pada 1 September lalu didakwa dengan Artikel 378 Kanun Jenayah atas penipuan serta berdepan hukuman penjara hingga empat tahun.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih