Hanya Kotak Yang Sampai, Penjual Ini Dakwa Beg Tangan Bernilai RM35,000 Dicuri Pusat Kurier


Sejak pandemik melanda, dapat dilihat orang ramai sudah semakin selesa dengan penggunaan servis kurier. Cajnya yang rendah dan pantas membuatkan servis kurier merangkumi pelbagai jenama menjadi pilihan.

Dalam pada itu, di sebalik kemudahan yang ditawarkan, terdapat pelanggan yang menjadi mangsa kecurian pusat kurier baru-baru ini. Situasi ini nyata berlaku kepada seorang pengguna Instagram @hanumsubri yang merupakan seorang personal shopper.

Insiden ini bermula apabila beliau yang menghantar parcel berisi beg berjenama Chanel bernilai RM35,000 beserta kotak kepada pelanggannya di Sabah. Disangka hanya mengambil masa yang singkat, barangan beliau didapati tersadai di J&T Sabah West Division sehingga enam hari.

Selepas beberapa panggilan dibuat kepada pihak J&T, parcel tersebut telah berjaya dihantar kepada penerima walau bagaimanapun penantian mereka sekadar hampa apabila pihak penerima memaklumkan beg bernilai RM35,000 tersebut tidak berada dalam kotak.

Beliau kemudiannya tampil berkongsi di Instagram dalam memaklumkan kepada orang ramai sekiranya terdapat pihak yang menemui beg tangan Chanel Classic Medium Double Flap Burgundy Caviar beserta nombor cip mikro LA2E3204 untuk menghubungi beliau.

Menerusi perkongsian di Instagram, beliau turut menunjukkan kesan cap jari pada kotak tersebut seolah sudah dipegang beberapa pihak sebelum diterima oleh pelanggan.

Keadaan kotak juga turut diterima pelanggan dalam keadaan yang teruk. Hanum turut memaklumkan tidak lagi mahu menggunakan servis J&T selepas ini berikutan insiden yang berlaku.

Perkongsian yang dibuat di Instagram telah menarik perhatian netizen dan juga para artis. Masing-masing turut memaklumkan supaya Hanum supaya sabar menghadapi dugaan. Tidak kurang juga yang mencadangkan untuk menggunakan servis kurier yang berbeza untuk barangan bernilai tinggi.

Hanum selaku penjual turut memaklumkan sedia membuat ganti rugi kepada pelanggan beliau meskipun isu ini melibatkan servis daripada pusat kurier.

Insiden yang berlaku sekaligus memberi pengajaran kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam menghantar barangan khususnya yang bernilai tinggi. Pemilihan pusat kurier beserta insurans antara yang disarankan untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Diharap beliau dapat menjumpai semula beg tangan bernilai tinggi ini dalam mengelakkan beliau menanggung kerugian mencecah lima angka tersebut.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih