Honda Malaysia Lancar CBR150 Dengan 2 Pilihan Warna, Harga Bermula RM 12,499


Pada baru-baru ini, Boon Siew Honda Malaysia baru sahaja memperkenalkan model motosikal terbarunya iaitu Honda CBR150r.

Motosikal ini hadir dalam dua varian warna yang menarik iaitu Mat Charcoal Gray dan Candy Scintillate Red.

Motosikal ini dikuasakan dengan enjin 150cc DOHC, 16hp dan 13.7Nm tork dan 6-speed serta 2-Channel ABS.

Ukuran badan motosikal ini sama dengan model Honda CBR250RR.

Motosikal yang dilengkapi dengan lampu paparan penuh LED ini sangat sesuai digunakan di jalan raya.

Paling menarik sekali adalah pada paparan meternya kerana ianya hadir dengan paparan digital sepenuhnya.

Ianya juga lengkap dengan “Anti-Lock Braking System” 2 saluran ABS yang boleh membuatkan penunggang selesa serta yakin semasa membrek motosikal. Ini menjadikannya model 150cc pertama yang dilengkapi dengan 2 saluran ABS.

Reka bentuknya yang nampak sporty dijamin pasti akan membuatkan penunggang lebih yakin.

Harga yang ditawarkan pula bermula RM12,499 sahaja dan akan mula dijual di semua pengedar sah Honda tidak lama lagi.

Sumber: Siakap Keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih